Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun asas pengiktibarannya adalah pada dasar dan pemimpin yang terdiri dari para Ulama Islam. Tetapi pengikut2 dan Pendokong2 Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah terdiri dari orang-orang awam yang mendapat taufiq dari Allah utk sentiasa mempelajari serta melazimi ilmu yang benar dari Ulama warisan Anbiya’ yang bersumberkan al-Kitab dan al-Sunnah dalam setiap aspek hidupnya sekitar aqidah, ibadah, akhlak, pendidikan dan mu’amalat dlm berbagai-bagai bidang kehidupan.
Yang dimaksudkan dengan orang-orang awam di sini ialah orang2 yang tidak diberi gelaran Ulama, tetapi bukan orang jahil. Kerana dlm Islam tidak ada lapangan untuk orang2 jahil yang hanya membiarkan diri dlm keadaan jahil, tidak beusaha utk belajar, terutama dari sudut dinamakan Fardu ain, kerana Islam adalah agama yang berasaskan ilmu pengetahuan yang dimulakan dgn perintah “iqrak”, yakni “bacalah”.
Oleh itu Abu Hurairah r.a. berkata : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: (bermaksud) Sesungguhnya dunia ini adalah dilaknatkan, dilaknatkan isi kandungannya (dari org yg terpengaruh dgn dunia) kecuali orang yang mengingati Allah dan yang mengikutinya dan orang Alim atau orang yang belajar”. -Hadith Hassan diriwayatkan oleh al-Tirmizi (2332) dan Ibn Majah (4112)
Itulah tabiat hidup Ahli Sunnah Wal Jamaah, kalau ia bukan orang Alim maka ia tetap menjadi orang yang belajar secara berguru kepada Ulama selaku pewaris para anbiya’, terutama isi pengajian al-Quran dan al-Sunnah. Manakala yang Alim pula ia mesti berusaha utk menambah ilmunya pd setiap waktu sehingga ke liang lahad di samping menyampaikan ilmu-ilmunya itu kepada orang ramai.
Allah memerintah Nabi Muhammad s.a.w. supaya berdoa semoga Allah menambahkan ilmunya dengan Firmannya: (bermaksud) “Dan sabdakanlah: Wahai Tuhanku! Tambahkan kpd Ku ilmu…” (Taha: 114).
Memang benarlah perkara itu berlaku kepada Rasulullah s.a.w. yang sentiasa berusaha menambahkan ilmunya. Allah sentiasa diturunkan kpd Nabi s.a.w., yang merupakan sebaik-baik sumber ilmu bagi manusia.
Kalaulah seorang Rasul begitu bersungguh-sungguh dlm usaha penambahkan ilmu maka bagaimana pula kita yg hanya memiliki ilmu yg cetek ini?! Bahkan sesetengah Ulama berkata bahawa org yg paling berhajat kpd ilmu ialah org Alim itu sendiri, krn gelincirnya seorang Alim adalah membawa kepada kerosakan umat yang ramai. Wal’iyasubillah min zalik.
6 ulasan:
Rabbi zidni 'ilma, war zuqni fahma, wa bi haqqi Nabiyyina Muhammadin sallaLlahu 'alaihi wassalam. Allah huma amiin!
TOK PAKIR
amin..
Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad
{ Januari 6, 2009 @ 12:29 pm } · { Ahlulbait, Majlis Ilmu }
{ Tags: baitul aman, Majlis Ilmu, masjid } · { Komentar }
Majlis-majlis Ilmu Bulanan bertujuan memberi kemudahan kepada masyarakat Kuala Lumpur dan Selangor khususnya serta masyarakat Malaysia ‘amnya menimba ilmu ajaran agama Islam yang ditinggalkan dan diwasiatkan oleh Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad.
Huraian dari buku-buku beliau akan dihuraikan dalam Bahasa Malaysia.
Kesemua Majlis Ilmu seperti jadual dibawah ini akan diadakan di Masjid Baitul Aman 102 Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur:
Majlis Bacaan Ratib Al-Haddad serta Syarahan dan Huraiannya setiap Selasa malam Rabu selepas Solat Maghrib
Hari Sabtu 17 Jan 2009 mulai Solat Maghrib sehingga jam 9:30 malam huraian buku berjudul ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
Hari Ahad 18 Jan 2009 mulai Solat Maghrib
huraian buku berjudul ‘Dakwah yang Sempurna dan Peringatan yang Utama’
http://pondokhabib.wordpress.com
SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD{ Februari 3, 2009 @ 12:02 pm } · { Majlis Ilmu }
{ Tags: SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD } · { Komentar }
ANJURAN BERSAMA UIA (MAHALLAH REPRESENTATIVE COMMITTEE(MRC)ALL MAHALLAH IN PETALING JAYA AND NILAI CAMPUS AND FOUNDATION STUDENTS COORDINATION COUNCIL - FSCC), JAKIM, JAWI DAN YAYASAN SOFA
TARIKH: 11 SHAFAR 1430H / 7 FEBRUARI 2009M (SABTU)
MASA: 8.00 PAGI - 11.45 MALAM
TEMPAT: DEWAN MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, JALAN DUTA.
ATURCARA:
7.30 pagi : Ketibaan para peserta
7.45 pagi : Ketibaaan tetamu khas dan juga para penceramah. Tetamu kehormat: Dato’ Pengarah JAKIM, Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan dan Penaung Yayasan Sofa
8.15 pagi : Majlis Perasmian Seminar dan ucapan para tetamu kehormat.
9.15 pagi : Minum pagi
9.45 pagi : Ceramah 1 oleh al-Fadhil Ustaz Zamihan bin Haji Mat Zin, Pen. Pengarah Pusat Pengajian al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).
Tajuk ceramah: Peranan Mahasiswa Dalam Memahami Serta Membenteras Penyelewengan Agama Dan Gejala Murtad
10.45 pagi : Rehat
11.00 pagi : Ceramah 2 oleh al-Fadhil Ustaz Haji Mahfuz bin Muhammad al-Khalil, Pendakwah Bebas.
Tajuk ceramah: Kesamaran yang Perlu Dijelaskan dalam Memahami Agama
12.45 t’hari : Makan tengahari dan shalat zohor
2.00 petang : Ceramah 3 oleh Ustaz Ahmad Faidzurrahim bin Haji Muhammad Alwi, Pen. Pengarah Institut Pengajian Darul Hijrah, Pahang.
Tajuk ceramah: Pegangan Jitu Seorang Muslim
3.15 petang : Rehat
4.30 petang : Suai kenal bersama Ulama. Tausiyah oleh al-Mukarram Syaikh ‘Afeefuddin al-Jailani; Tausiyah oleh al-Habib ‘Ali Zaenal Abidin al-Hamid dan persembahan Qasidah oleh Yayasan al-Jenderami.
*************
Ceramah Khas - مفاهيم يجب أن تصحح (Kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan)
7.45 malam: Ketibaan Tetamu Kehormat, penceramah dan para peserta seminar
8.15 malam: Majlis bermula - bacaan al-Quran, bacaan Ratib al-Hadddad, Ceramah oleh Syaikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki, Soal-Jawab
11.15 malam: Bacaan Maulid Daiba’ie, Qasidah Nabawiyah oleh Kumpulan as-Sofa
11.45 malam: Jamuan ringan dan bersurai.
Untuk keterangan lanju, sila hubungi:
Syed Muhd Saufi: 013-628 0251
Ustaz Muhadir: 012 - 697 3893
http://pondokhabib.wordpress.com
Diskusi Buku
"Bid'ah Satu Perbincangan Rapi"
Muslimin Muslimat dijemput hadir ke majlis ini pada:
Tarikh :
21 Februari 2009 (Sabtu)
Masa :
Lepas Solat Maghrib
Tempat :
Masjid Asy-Syakirin KLCC
Pendiskusi:
Ustaz Mahfuz Mohammad)
(Pendakwah Bebas)
http://pondokhabib.wordpress.com
MAJLIS SEMPENA MAULIDURRASUL 2009
aturcara @ 7 Mac 2009:
1) KULIAH SUBUH oleh:
AL-HABIB SOLEH BIN MUHAMMAD AL-JUFRI
2) MAJLIS UTAMA bermula 6.00 PTG :
- CERAMAH oleh HABIB SOLEH AL-JURFI .
- bacaan WIRDUL LATHIF
- Solat Maghrib
- bacaan MAULID & QASIDAH
- CERAMAH UTAMA oleh :
HABIB KAZIM BIN JAAFAR AS-SAGGAF
(Pendakwah dari Tarim , Hadramaut, Yaman)
anda juga turut dijemput
ke QIYAMULLAIL & BACAAN BURDAH
bermula pada :
3.30 pg ISNIN (9 MAC 2009)
ANDA SEMUA DI JEMPUT HADIR
------------------------------------------------------------
JADUAL MAJAALIS HABIB KAZIM AS-SAGGAF
TARIKH
mASa
PROGRAM
TEMPAT MAJLIS
5/3
7 mlm
Maulid
Masjid AlBukhari K.Lumpur
6/3
7 mlm
Maulid
Masjid Nahdatul Islam Sek 18 Shah Alam
7/3
6 mlm
Maulid
Masjid Al-Falah USJ 9
8/3
12 t/hari
Kelas
Madras An-Nur di Pantai Dalam
8/3
7 mlm
Maulid
Baitul Qurra,Sg.Udang Melaka
9/3
7 mlm
Maulid
Masjid Baitul Aman,K.Lumpur
10,11,12/3
Program di Pulau Pinang,Kedah dan Perlis
13/3
12 t/hari
Khutbah
Di Masjid UIA
14/3
11 pagi
Bahas
Perbahasan di Jenderam
14/3
7 mlm
Maulid
Di Jenderam
15/3
12 t/hari
Kelas
Madras An-Nur
di Pantai Dalam
15/3
7 mlm
Maulid
Masjid Kg.Kuala Tekal,Temerloh,
Pahang
16/3
7 mlm
Maulid
Masjid Seremban N.Sembilan,
17/3
7 mlm
Maulid
Melaka
18/3
7 mlm
Mauid
Rumah Ben Alawi di Kemensah Heights
biodata ringkas pencramah utama
Ø Nama : al-Habib Musa al-Kazim bin Ja’far bin Muhammad as-Saggaf
Ø kelahiran : di Tarim , Hadramaut , Yaman . Tahun 1960
Ø menghafaz al-Quran dan lain-lain ilmu yang berkaitan d Bandar Tarim daripada Para Masyayih dan para Habayib di sana , khususnya di pusat pengajian al-Quran Abi Maryam[1] , di Ribath Tarim[2] .
Ø Seterusnya mendalami ilmu agama dengan bertalaqqi di hadapan para Ulama di Ribath al-Baidha’ , Bandar al-Baidha’, Yaman.
Ø Apabila pulang ke Tarim , diberi tanggungjawab yang berat memimpin Institusi Pengajian Islam Darul Mustofa , cawangan Bandar al-Syihr[3], selama 6 tahun .
Ø Seterusnya melebarkan dakwahnya mengajar di Ribath ar-Raudhah dan ribath an-Nuur di Bandar Mukalla[4]
Ø sekarang ini menjadi guru di Institusi Pengajian Islam Darul Mustofa , Kampus Induk di Tarim . Juga sebagai ahli jawatankuasa Ifta’ di sini .
Ø Beliau sering dijemput ke luar Negara bagi menyampaikan dakwah yang mulia di majlis-majlis ceramah, multaqa’, seminar dan sebagainya di serata dunia . Antaranya ksering ke Jerman , UK, Amerika , Norway dan lain-lain Negara di Benua Eropah , Afrika, termasuklah ke Asia Tenggara ini khususnya ke negara ini.
Ø Tidak ketinggalan juga , banyak mengarangkan kitab-kitab agama bagi menyebarluaskan kebenaran Islam ke seluruh pelusuk Dunia .
--------------------------------------------------------------------------------
[1] Abi Maryam : Terkenal sebagai pusat pengajian al-Quran dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya (seperti Tajwid, Qiraat dsbg) . Terletak di Bandar Tarim. Telah diasaskan lebih daripada 100 tahun yang lalu. Melahirkan ramai penghafaz al-Quran khasna di kalangan para Ulama.
[2] Didirikan pada tahun 1304h (1886m). Dipimpin oleh Mudir yang pertamanya: al-Habib Abdurrahman bin Muhammad al-Masyhur, kemudian al-Habib Abdullah bin Umar asy-Syathiri, seterusnya al-Habib Hasan bin Abdullah bin Umar asy-Syathiri dan kini dipimpin oleh al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syathiri. Dibina di tengah Bandar Tarim menjadi tumpuan ahli ilmu bagi mendalaminya. Melahirkan ramai para Ulama termasuk daripada rantau nusantara ini .
[3] Nama salah satu bandar di Negeri Hadramaut.
[4] Nama salah satu bandar di Negeri Hadramaut.
http://pondokhabib.wordpress.com
Catat Ulasan